Friday, February 29, 2008
Grateful
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an: “Lain syakartum la aizidannakum wa lainkafartum inna ‘azabi lasyadid” yang bermaksud “sekiranya kamu bersyukur nescaya aku akan menambahkan (nikmat kamu) dan sekiranya kamu kufur (tidak bersyukur), ingatlah sesungguhnya azabku amat dahsyat (pedih)”.
Ayat di atas menuntut kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Allah telah berjanji bahawa sekiranya kita bersyukur, Allah pasti akan melipat gandakan nikmatNya kepada kita. Namun, dalam kebanyakan keadaan, kita sebagai manusia sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang kita ada. Keadaan akan bertambah parah apabila kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih daripada kita. Hal itulah yang akan menyebabkan hilangnya rasa syukur kita. Tambahan pula apabila iman kita tipis, maka senanglah kita untuk dipengaruhi oleh syaitan.
Contoh yang paling mudah ialah pembayaran bonus tahunan oleh majikan kita. Saya pernah mendengar seseorang berkata, “bonus kalau setakat dua bulan, serupa tak de bonus je”. Ini kerana individu tersebut kebiasaannya mendapat bonus antara tiga hingga lima bulan daripada majikannya setiap tahun. Oleh kerana ada ura-ura mengatakan bonus pada tahun tersebut kemungkinan besarnya dua bulan gaji, maka individu tersebut berasa kecewa. Keadaan ini berlaku kerana kita sentiasa membandingkan apa yang kita ada atau apa yang akan kita perolehi dengan sesuatu yang lebih hebat. Kenapa tidak kita membandingkan diri kita dengan orang yang kurang hebat dari kita? Bukankah dengan cara itu, kita akan terus berasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi?
Saya teringat seorang rakan sekerja saya. Saya kagum dengan peribadinya. Dia bukan seorang Muslim, namun rasa berseyukur yang ada di dalam dirinya hebat. Saya sendiripun masih jauh untuk mencapai tahap yang dia berada sekarang. Dia tidak akan senang-senang membeli sekiranya dia tidak begitu memerlukan barang tersebut. Apabila dia memberitahu saya bahawa dia memandu Proton Wira manakala isterinya memandu Perodua Kancil, saya terkejut kerana kebanyakan orang dengan gaji beliau itu, pasti mereka sudah memandu kereta yang berharga ratusan ribu ringgit. Apabila saya bertanya, katanya bagi beliau kereta hanya untuk menghubungkan beliau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Samada beliau memandu Proton Wira atau BMW, beliau masih boleh sampai ke tempat yang hendak dituju.
Berdasarkan kepada apa yang saya tulis di atas berhubung isu perbandingan, adakah kita tidak boleh membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat daripada kita? Sebenarnya, kita masih boleh membuat perbandingan, cuma perlu kena caranya. Nabi Muhammad s.a.w berkata di dalam hadithnya yang berbunyi, “la hasada illa fithnataini; rajulun aataahullahu malan fasullita ‘ala halakatihi fil haqqi wa rajulun aataahullahul hikmah fahuwa yaqdhibiha wayu’allimuha” yang bermaksud “janganlah kamu berhasad kecuali dalam dua perkara iaitu terhadap lelaki yang diberikan harta oleh Allah dan dia membelanjakannya untuk orang lain dalam perkara yang benar dan lelaki yang diberikan ilmu oleh Allah dan dia mengamalkan untuk dirinya dan disampaikan kepada orang lain”. Hadith di atas menunjukkan bahawa perbandingan boleh dibuat dengan tujuan mencapai kebaikan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Jika dilihat kepada ayat Al-Qur’an di atas, Allah memberi jaminan sekiranya kita bersyukur dengan pemberiannya maka Allah akan menambah nikmatNya kepada kita. Ini janji Allah. Bukan janji manusia yang boleh tidak ditepati. Allah tidak pernah tidak menepati janjiNya. Namun kita sebagai hambaNya yang serba lemah sentiasa diduga dengan pelbagai dugaan. Terpulang kepada diri kita bagaimana kita menghadapi dugaan tersebut. Namun, apa yang malang ialah apabila kita sendiri tidak tahu yang kita sedang diduga.
Bagaimanakah caranya untuk kita bersyukur? Ucapan Alhamdulillah adalah salah satu daripadanya. Namun dengan hanya mengucapkan Alhamdulillah sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dituruti dengan perbuatan. Banyak caranya. Antaranya ialah dengan membayar zakat, memberi sedekah, membantu orang lain yang kurang hebat berbanding diri kita. Itu adalah antara cara-cara kita menunjukkan rasa bersyukur kita kepada Allah.
Dalam ayat yang sama juga Allah mengingatkan kita untuk akibatnya jika kita kufur dan tidak bersyukur. Azab yang menanti kita pastinya amat pedih. Ini juga janji Allah yang pasti akan ditepatiNya. Sama-samalah kita fikirkannya.
Wallahu ‘alam…

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment