Thursday, May 15, 2008
Syukur dan Kufur
Allah berfirman di dalam Al-Qur'an: "La in syakartum laziidan nakum wala in kafartum inna 'azhabii lasyadiid" yang bermaksud, "sekiranya kamu bersyukur, pasti Aku menambahkan bagi kamu (nikmat), sekiranya kamu kufur, (ingatlah!) sesungguhnya azab Ku amat pedih".
Ayat di atas jelas menunjukkan mengapa perlu kita bersyukur dan ia juga menerangkan kenapa kita tidak boleh menjadi kufur. Syukur dan kufur adalah dua sifat manusia yang berlawanan dan tidak mungkin seseorang itu mempunyai kedua-dua sifat tersebut dalam satu-satu masa.
Bagaimanakah kita melahirkan rasa syukur kita dengan nkmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita? Adakah memadai sekadar mengucapkan Alhamdulillah? Walaupun ucapan Alhamdulillah itu menunjukkan rasa syukur kita terhadap nikmat yang diberikan olehNya, adalah amat penting untuk kita menunjukkannya dengan perbuatan. Harus kita ingat bahawa setiap apa yang dikurniakanNya kepada kita, pasti ada hak saudara kita di dalamnya. Jadi, apa yang boleh kita lakukan ialah bersedekah kerana dengan cara itu, kita dapat berkongsi nikmat Allah dengan saudara kita yang lain. Sedekah yang saya maksudkan di sini ialah sedekah dengan hati yang ikhlas dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Janganlah kita memberi sedekah tetapi mahukan gambar dan berita kita disiarkan di dada-dada akhbar. Itu riak namanya dan boleh membawa kita kepada kekufuran.
Perasaan syukur juga boleh ditunjukkan dengan melakukan perlabagi bentuk amal kebajikan. Seperti contoh, kita boleh membantu golongan anak-anak yatim dengan memberikan mereka kelas-kelas percuma, bergotong-royong membersihkan tempat kediaman mereka dan seribu macam cara lagi. Yang penting niat kita ikhlas. Rasa bersyukur juga boleh ditunjukkan dengan menerima apa yang kita ada dengan seadanya tanpa banyak rungutan. Seperti contoh, apabila majikan kita mengumumkan bonus, janganlah ada di antara kita yang berkata, "alamak! sikit je? baik tak payah bagi. Serupa tak de bonus je?" Kata-kata tersebut jelas menunjukkan kita tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Nya. Kita harus sentiada ingat bahawa bonus yang dibayar oleh majikan kita kepada kita adalah merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah. Majikan kita hanyalah merupakan "orang tengah" bagi menyampaikan rezeki itu kepada kita. Jadi apabila kita merungut dengan nilai bonus yang diberikan, kita sebenarnya tidak bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita.
Sebagai perbandingan, kita sebagai manusia, apabila kita memberikan sedekah kepada seseorang yang memerlukan itu dan orang yang menerima sedekah itu memperlekehkan nilai sedekah kita tanpa sebarang ucapan terima kasih, adakah kita mahu terus membantu orang itu? Jawapannya pastinya "tidak". Samalah juga konsepnya di antara kita dengan Allah. Orang yang bersyukur sentiasa rasa cukup dengan apa yang dia ada manakala orang yang kufur sentiasa tidak cukup walau banyak mana pun harta yang diperolehinya.
Syukur juga boleh ditunjukkan dengan melakukan apa diperintahkan oleh Allah kepada kita dan meninggalkan segala larangannya. Jika kita mengingkari perintahNya dan membuat apa yang ditegahNya, pastinya kita akan mendapat kemurkaan Allah. Sebagai perbandingan, untuk memperolehi sesuatu kontrak itu, orang yang memasuki tender akan sanggup melakukan apa sahaja yang diarahkan oleh pihak pemberi tender bagi memastikan mereka akan mendapat tender tersebut. Segala syarat dan kriteria yang ditetapkan perlu dipatuhi. Sekiranya salah satu syarat atau kriteria yang ditetapkan tidak dipatuhi, maka orang itu tidak akan mendapat tender tersebut kerana tender tersebut akan pergi kepada orang yang memathui segala arahan yang diberikan. Samalah juga kisahnya hubungan manusia dengan Allah. Mana mungkin Allah ingin memberikan kita apa yang kita mahu sekiranya kita tidak menurut segala perintah dan laranganNya.
Apabila kita sentiasa bersyukur dengan apa yng kita perolehi, kita pasinya tidak akan lupa akan asal usul kita. Itulah keindahan bersyukur.
Kufur pula berlawanan dengan syukur. Apabila seseorang itu kufur, maka pastinya dia tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. Orang yang kufur akan pasti berasa tidak cukup dengan apa yang dia ada walau banyak manapun harta yang diperolehinya. Apabila seseorang itu kufur, maka dia akan sanggup menjadi hamba kepada harta dunia. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diingininya walaupun tindakannya itu akan menyebabkannya mengingkari perintah dan suruhan Allah, hatta mampu melakukan apa yang ditegah olehNya. Berapa ramai di antara kita yang meninggalkan sembahyang fardhu atas dasar kesibukan di pejabat? Jika dilihat majlis-majlis hiburan yang diadakan di negara kita, kebanyakkannya bermula puklul 7 malam dan berakhir sebelum tengah malam. Bila masakah artis-artis kita itu (yang telah ber make-up tebal itu) sembahyang maghrib? Wallahu alam.
Kebanyakkan kita lebih mementingkan kehidupan dunia berbanding akhirat. Ada pernah saya terdengar orang yang tak sembahyang zuhur di pejabat atas alasan "stand by", takut-takut bos panggil. Kesudahannya, sembahyang ke mana, kerja ke mana? Kita lebih takutkan manusia berbanding Allah.
Walaubagaimanapun, seringkali kita melihat orang yang kufur itu seolah-olah dikurniakan dengan nikmat yang melimpah ruah.? Maka mungkin ada di antara kita yang bertanyakan soalan, "kalau mereka ini kufur, mengapa Allah memberikan mereka nikmat? Ini tidak adil" Sebenarnya Alah itu adil. Apa yang diperolehi oleh orang yang kufur itu bukan nikmat daripada Allah, tetapi meruapakan satu istidraj. Saya akan membincangkan tentang maksud istidraj dalam penulisan saya yang akan datang.
Namun jika kita melihat kembali ayat di atas, Allah mengatakan yang kalau kita bersyukur, Allah pasti akan menambahkannya. Tetapi Allah tidak mengatakan yang jika kita kufur, Allah akan mengurangkannya. Allah hanya mengatakan bahawa jika kita kufur, pastinya azabNya yang pedih itu menanti kita di kemudian hari.
Mungkin juga ada yang mempersoalkan bahawa orang yang bersyukur tidak kaya dan ini tidak adil. Sedarlah bahawa harta yang banyak boleh menyebabkan kita lupa daratan dan kufur. Oleh itu, Allah sebenarnya sayangkan orang-orang yang bersyukur. Ada masanya apa yang kita minta tidak kita perolehi pada masa itu. Ingatlah bahawa pemberian Allah kepada orang-orang yang bersyukur itu ada bermacam-macam. Mungkin ia diberikan dalam bentuk yang lain, mungkin ia diberikan pada masa yang lain atau mengkin ia diberikan kepada generasi selepas kita. Yang pasti Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik bagi Hambanya.
Sama-samalah kita fikirkan dan renung-renungkan. Peringatan ini dibuat untuk mengingatkan diri saya dan saudara-saudar pembaca sekelian.
Wallahu alam

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment