It is About Sharing

Knowledge is for sharing. Do not keep your knowledge to yourself alone. Let it grows. The more you share, the more you learn and in the end you become a better person.

Al-Fatihah

Monday, April 28, 2008

Bola Sepak dan Rasuah

Berikut adalah petikan laporan akhbar dalam Mingguan Malaysia semalam: -

Presiden FAM

Baginda kesal dan terkejut dengan perkembangan di Sarawak yang dianggap tidak sepatutnya berlaku dalam sukan bola sepak negara.

"BPR (Badan Pencegah rasuah) harus menyiasat dengan terperinci. Persatuan-persatuan bola sepak setiap negeri juga harus membuat siasatan dalaman mengenai perkara ini.

"FAM tidak mahu penyakit (rasuah) ini mencemarkan maruah bola sepak negara," titah baginda.

"FAM akan ambil tindakan sekiranya didapati ada pemain yang dibuktikan terlibat dengan penyakit ini."

"Mereka adalah pemain profesional dan tidak sepatutnya terlibat dalam kegiatan yang mencemarkan maruah bola sepak negara.

"Pemain selalu diingatkan supaya tidak mendekati penyakit ini kerana ia sangat memalukan maruah bola sepak negara di peringkat antarabangsa. FAM akan ambil tindakan jika ada pemain yang terlibat," tegasnya.


Secar jujurnya saya terkejut yang Presiden FAM terkejut dengan isu rasuah ini. Ia bukan sesuatu yang baru. Selepas gejala rasuah teruk melanda arena bolasepak Malaysia (yang tak maju mana pun walau tanpa gejala rasuah) sekitar 1990-an, apa langkah drastik yang diambil oleh FAM bagi memastikan ia tidak berulang?

Bagi saya, yang penting ialah mengenal pasti mengapa pemain bola sepak Malaysia perlu menerima suapan? Suapan sentiasa berhubung kait dengan wang. Wang! Isu yang menarik. Acap kali kita mendengar pemain-pemain bola sepak di negara ini tidak dibayar gaji selama berbulan-bulan lamanya dan setiap kali itu jugalah FAM akan tampil selaku penyelamat. Pemain bola sepak juga adalah manusia biasa. Mereka ini adalah pemain profesional yang bermakna mereka menjadikan bola sepak sebagai sumber pendapatan mereka. Maka, apabila mereka bermain tanpa dibayar gaji, adakah salah mereka sepenuhnya sekiranya mereka terlibat dengan gejala rasuah? Saya tidak menghalalkan rasuah di sini, tetapi sebelum kita menghukum mereka atas tuduhan rasuah, adalah lebih kita menghukum persatuan bola sepak negeri yang gagal membayar gaji pemain. Mencegah lebih baik dari mengubati. Menghukum pemain semata-mata, tidak bermakna kerana ia sekadar mahu mengubati dan memastikan persatuan negeri membayar gaji pemain setiap bulan adalah tindakan pencegahan.

Presiden FAM juga mengatakan yang sebagai pemain profesional, mereka tidak sepatutnya terlibat dalam gejala rasuah. Apa gunanya mempunyai pemain profesional jika pentadbiran persatuan negeri dan FAM sendiri tidak profesional. Bagi saya antara ciri utama profesional ialah mengotakan apa yang dijanjikan iaitu membayar gaji seperti mana yang dinyatakan di dalam kontrak. Jadi jika FAM dan persatuan bola sepak negeri sendiri tidak profesional, janganlah diharapkan mereka ini mampu melahirkan pemain profesional. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan.

Mengapa FAM perlu malu di peringkat antarabangsa dengan gejala rasuah yang melanda. Bagi saya mereka perlu lebih malu dengan kedudukan ranking pasukan bola sepak Malaysia kini. Jika dilihat dari segi infrantruktur, Malaysia seharusnya tidak mempunyai masalah untuk menjadi pasukan yang disegani, jika tidak di Asia, di Asia Tenggara sudah pasti. Yang berlaku adalah sebaliknya. Di Asia Tenggara sendiri pun pasukan Negara masih terkial-kial. Pemain dan jurulatih silih berganti. Namun Presiden dan pucuk pimpinan masih orang yang sama. Jadi siapa punca masalahnya? Jawapan jelas di depan mata, cuma mereka sengaja membutakan mata untuk tidak melihatnya.

Bekas Setiausaha Agung, FAM (Ibrahim Saad)

"Saya merupakan orang pertama yang membuat laporan berhubung masalah rasuah dalam bola sepak yang berlaku pada pertengahan tahun 1990-an."

"Berdasarkan pengalaman daripada skandal tersebut, kalau ada satu atau dua pasukan yang terlibat dalam rasuah, ada banyak lagi pasukan yang terlibat."

"Rasuah dalam sukan ini tidak mungkin hanya melibatkan dua pasukan sahaja."


Bangga betul beliau dapat menjadi hero dalam usaha "menyelamatkan" maruah bola sepak negara. Betul ke beliau orang pertama yang membuat laporan dulu? Kalau betul, baguslah. Tapi, selepas membuat laporan, apa tindakan yang beliau ambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang?

Timbalan Perdana Menteri

Tindakan segelintir pemain bola sepak yang mengamalkan rasuah dalam sukan itu dianggap tidak mempunyai semangat patriotisme.

Sambil memandang serius gejala itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, amalan rasuah yang dilakukan oleh pemain terbabit akan menyebabkan usaha kerajaan untuk membangunkan mutu bola sepak negara terjejas.

"Ini sesuatu yang mencemarkan sukan bola sepak negara dan perbuatan ini menjejaskan integriti permainan itu sendiri."

"Hasrat kita untuk memajukan bola sepak tidak akan tercapai jika wujudnya gejala rasuah dalam sukan ini," katanya.


Amat senang bagi seoang TPM untuk melabel seseorang itu sebagai seorang yang tidak membunyai semangat patriorisme. Ingin saya tanyakan di sini dari sudut apakah beliau mengatakan mereka ini tidak bersemangat patriorisme? Adakah kera amereka ini pemain bola sepak ataupun kerana mereka mengamalkan rasuah? Tidak mungkin semata-mata mereka pemain bola sepak, mereka ini tidak bersemangat patrioriseme. Jadi saya percaya kenyataan yang dibuat oleh TPM adalah kerana mereka ini mengamalkan rasuah.

Jika dilebarkan jaringnya, maka boleh saya simpulkan bahawa bagi TPM, semua orang yang mengamalkan rasuah tidak bersemangat patriotrisme.

Persoalannya, tidakkah membayar pengundi untuk balik kampong mengundi dengan mengharapkan mereka ini mengundi BN adalah satu amalan rasuah? Jawapannya juga jelas di depan mata. Oleh itu, bolehlah saya simpulkan di sini yang kebanyakkan ahli politik dalam BN juga tidak mempunyai semangat patriorisme.

Cuma satu yang saya harapkan. Jangan dijadikan isu rasuah sebagai punca kemerosotan mutu bola sepak Negara.

No comments: