It is About Sharing

Knowledge is for sharing. Do not keep your knowledge to yourself alone. Let it grows. The more you share, the more you learn and in the end you become a better person.

Al-Fatihah

Saturday, November 15, 2008

Cukur Jambul

Selepas kelahiran bayi, kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia akan mengadakan satu majlis yang dipanggil “cukur jambul”. Majlis “cukur jambul” ini kebiasaannya dimulakan dengan majlis berzanji/marhaban oleh kaum lelaki sebelum diikuti dengan majlis tahlil dan doa selamat. Semasa majlis berzanji/marhaban dijalankan, bayi tersebut kebiasaannya akan dibawa mengelilingi kaum lelaki yang sedang berzanji/bermarhaban tadi sambil rambutnya (bayi) dipotong sedikit demi sedikit sebagai simbolik “bercukur jambul”. Namun ada juga jemaah yang tidak memotong rambut bayi tersebut tetapi sekadar mengusap kepala bayi tersebut seolah-olah memberi restu kehadirannya di muka bumi ini. Walaupun “cukur jambul” menjadi amalan masyarakat Melayu di Malaysia, dimanakah pula kedudukannya (amalan cukur jambul) di dalam ajaran Islam? Adakah “cukur jambul” ini merupakan tuntutan agama ataupun ia hanyalah adat semata-mata?
.
Menjadi amalan Nabi Muhammad (saw) memberikan nama kepada cucu-cucu baginda dan membotakkan kepala mereka pada hari ke-7 kelahiran. Terdapat juga hadis-hadis yang mengesahkan amalan Rasullullah tersebut. Oleh yang demikian, hukum bagi membotakkan kepala bayi dan memberikan bayi tersebut nama pada hari ke-7 adalah sunat kerana ia selari dengan sunnah Rasulullah (saw). Selain daripada itu, ibubapa juga diwajibkan mengadakan aqiqah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah di atas kurniaan bayi yang baru lahir. Aqiqah diadakan dengan menyembelih binatang peliharaan seperti lembu, kerbau dan kambing. Walaubagaimanapun, binatang peliharaan seperti ayam, itik dan burung tidak boleh dijadikan sembelihan bagi tujuan aqiqah.
.
Maka amat jelas bahawa amalan “cukur jambul” yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu di negara ini bukan merupakan satu ajaran Islam dan tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah. Apatah lagi memberi restu kepada bayi tersebut kerana bayi tersebut dicipta oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini. Jadi siapakah kita untuk memberi restu atas apa yang diciptakan oleh Allah? Walaupun saya amat tidak bersetuju dengan “pemberian restu”, saya berpendapat bahawa amalan “cukur jambul” ini diadaptasikan dari amalan Rasulullah (saw) yang membotakkan kepala cucu-cucu Baginda pada hari ke-7 kelahiran.
.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat Melayu yang kurang faham atau tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan “cukur jambul”. Bagi mereka ini, “cukur jambul” memadai dengan mengadakan majlis berzanji/marhaban sambil “jambul” bayi tersebut dipotong sedikit sahaja tanpa membotakkan kepala bayi tersebut. Mereka juga berfahaman bahawa majlis “cukur jambul” “wajib” diadakan bagi menyambut kelahiran bayi.
.
Melalui pengalaman saya sendiri, saya pernah dijemput oleh seorang rakan untuk menghadiri majlis “cukur jambul” anak beliau yang baru dilahirkan. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa menolak jemputan tersebut tetapi saya berjanji akan pergi melawat anak beliau yang baru dilahirkan. Jadi, seminggu selepas majlis “cukur jambul” tersebut, saya telah pergi melawat bayi tersebut dan saya mendapati bahawa rambutnya masih lebat. Apabila saya mengajukan soalan kepada rakan saya tentang mengapa rambut bayi beliau masih lebat sedangkan “cukur jambul” telah diadakan seminggu yang lalu, beliau mengatakan kepada saya yang beliau rasa “sayang” untuk membotakkan kepala bayi beliau itu.
.
Bagi saya inilah akibatnya jika kita membuat sesuatu dengan hanya mengikut orang lain tanpa mengetahui tujuan asal apa yang hendak kita lakukan itu.
.
Jadi apakah pula hukumnya “cukur jambul” ini? Jika kita mengadakan majlis “cukur jambul” dan seterusnya membotakkan kepala bayi tersebut sambil menjamu selera para tetamu yang hadir, bukan sahaja kita mendapat pahala sunat membotakkan kepala bayi, malahan kita juga mendapat pahala menjamu para tetamu. Namun, sekiranya kita benar-benar sekadar “cukur jambul” dan tidak membotakkan kepala bayi kita, maka apa yang kita lakukan tidak selari dengan sunnah Rasulullah (saw) dan seterusnya kita tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah (swt) kecuali pahala menjamu makan para tetamu.
.
Jadi nasihat saya kepada semua para pembaca agar istilah “cukur jambul” ini tidak lagi digunakan kerana ia telah menyebabkan kekeliruan dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia sehingga ada yang mengadakan majlis “cukur jambul” tetapi tidak membotakkan kepala bayi tersebut. Malahan ada yang lebih teruk lagi apabila mereka tidak mengadakan aqiqah iaitu satu tuntutan dalam Islam. Maka akhirnya, kita hanya melakukan tuntutan adat tetapi meninggalkan tuntutan agama. Walaupun mengadakan "cukur jambul" sekadar membawa maksud kita tidak mendapat sebarang ganjaran, apa yang saya khuatirkan sebenarnya ialah pemahaman masyarakat Melayu pada masa akan datang di antara tuntutan adat dan tuntutan agama. Tidak menjadi sebarang masalah untuk mengadatkan tuntutan agama tetapi akan menjadi masalah besar jika kita mengagamakan tuntutan adat.
.
Beberapa hari lepas, saya mendapat jemputan dari jiran saya melalui sms yang berbunyi seperti ini, “Salam Hormat…Dijemput hadir ke majlis kesyukuran & cukur jambul puteri saya pada 15 Nov 2008 pukul 1.00tgh…”. InsyaAllah, saya akan menghadiri majlis tersebut petang ini. Cuma saya terfikir apakah majlis ini sekadar “cukur jambul” atau benar-benar melakukan amalan Rasulullah membotakkan kepala bayi? Atau apakah perlu saya memberikan “restu” saya ke atas ciptaan Allah (swt) semata-mata bagi menjaga hati jiran saya itu?

11 comments:

Syamsulfaiz said...

Sungguh ilmiah artikel posting kau kali ini. Baru aku tahu hukum cukur jambul. Nasib baik aku botakkan kepala anak aku hari tu. Tapi aku ikut kata mak aku je, baca doa dan niat semuanya. Cuma aku tak tahu amalan berdasarkan sunnah rasul.

Patut ko hantar suratkabar posting ni.

Rozaimi Bin Mohd Said said...

memang nak tulis something yang ilmiah, tapi pasal ilmunya sikit sangat, tu yang jarang2 keluar tu...hehehe...tak pe yang penting kau dah tau...so, lepas2 ni, untuk anak2kau yang ke-2 hingga ke-10, kau tau lah kan apa nak buat

Anonymous said...

Caypet.. !
apa khabar ?
long time no see...
caya lah..! bagus blog ko ni ...!

ake agree 100% dgn ko berkenaan cukur jambul ni.... :)
sepatutnya ramai lagi kena baca writing ko ni ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

syam or nisa or syam and nisa...which one??? thanks sebab singgah kat blog aku ni...im doing good, so, hows business?

Anonymous said...

business ok. Alhamdulilah...
dok mana sekarang ?

besar dah anak ko .. :)

aku jumpa Din Beramboi baru ni .. Dia dah jadi org Serawak sekrg...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

rumah aku dekat ngan jusco cheras selatan...datang lah bila2 free...aku rasa din beram tu dah setahun kat kuching...last couple of weeks ago, aku ada jugak turun main badminton ngan dia kat balakong

Anonymous said...

Cheras Selatan ?

kat Jusco Equine ke ?

Rozaimi Bin Mohd Said said...

kat balakonglah

Anonymous said...

ok ..aku rasa tau kot tmpat tu ..

ade masa nanti kami singgah ...

bagi le address..

> ooh ko selalu la jumpa Din ya.. lama tak jumpa dia . Dah besar betul anak dia...

anak ko yg1st dah brp tahun ?

Rozaimi Bin Mohd Said said...

gimme your email add, nanti aku emailkan address aku

Anonymous said...

wahh cepat betul ko reply...
:)

email addrss kami :

anisbakery@live.com.my

tq