It is About Sharing

Knowledge is for sharing. Do not keep your knowledge to yourself alone. Let it grows. The more you share, the more you learn and in the end you become a better person.

Al-Fatihah

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, November 30, 2008

Aqiqah

Berikut adalah soal jawab agama yang saya petik secara keseluruhan daripada Utusan Malaysia online bertarikh 30 November 2008 di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm. Ini juga sedikit sebanyak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan lanjutan dari posting saya yang sebelum ini bertajuk "cukur Jambul". Klik di sini http://rozaimims.blogspot.com/2008/11/cukur-jambul.html.
.
SOALAN: . Baru-baru ini saya mengadakan majlis akikah untuk anak lelaki saya yang baru saja dilahirkan. Mengikut hukum anak lelaki harus korbankan dua ekor kambing, jadi saya telah pun menunaikannya.
.
Ketika majlis ini berlangsung ada juga tetamu bangsa Cina yang hadir.
. Adakah sah akikah saya yang dimakan oleh tetamu bangsa Cina itu? .
.
JAWAPAN:
. Tiada tegahan dalam mana-mana nas secara qatie (muktamad) sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih yang boleh difahami bahawa orang bukan Islam tidak boleh memakan daging akikah. .
.
Selagi mana tiada nas yang secara sorih (terang) yang menegah maka selagi itulah perkara itu dilihat suatu yang tidak mutlak dari hukumnya. Apa yang perlu difahami di sini ialah hukum melaksanakan akikah itu sendiri.
.
.
Di samping itu daging akikah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu’: 8/322). .
.
Pengertian akikah menurut syarak .
.
Akikah dalam pengertian syarak ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an’am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
.
.
Falsafah tuntutan menunaikan akikah adalah sebagai tanda kesyukuran seseorang setelah mendapat anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. .
.
Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kepada yang lain untuk berakikah juga untuk anak mereka (jika belum). Bagi bukan Islam, tiada peruntukan akikah. .
.
Hukum melakukan akikah itu adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan dalam syarak. Perkara ini bukan sekadar nas semata-mata malahan boleh dilihat sebagaimana perbuatan Rasulullah SAW ketika baginda mengakikahkan cucundanya Hasan dan Husain r.a.
.
.
Ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah, lalu baginda bersabda yang maksudnya: “Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (akikah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk a
naknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (riwayat Abu Daud).
.
Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan akikah, melainkan jika akikah itu dinazarkan baharulah ia dipanggil akikah wajib. .
.
Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah SAW: “Anak-anak tergadai (terikat) dengan akikahnya, disembelih (akikah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya”. (riwayat at-Tirmidzi) .
.
Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis “anak tergadai dengan akikahnya” di sini. .
.
Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diakikahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diakikahkan.
.
.
Pendapat kedua .
.
Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diakikahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini dilihat pendapat yang lebih utama. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)
.
.
Akikah disebut dalam hadis yang bermaksud: Bersama bayi yang lahir itu akikah, maka kerana itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (riwayat Bukhari). .
.
Ini bermakna: “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan akikah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya”. (riwayat Ashabus Sunan)
.
.
Akikah itu pula dari sudut bahasanya adalah tolakan iaitu tolakan dari gangguan dan godaan syaitan. .
.
Adapun persoalan mengenai memberi makan atau dimakan daging akikah oleh bukan Islam tidak mencacatkan amalan akikah. Biarpun daging akikah itu dimakan oleh bukan Islam, akikah itu tetap sah dan tidak perlu diulangi.
.
.
Sebenarnya perbuatan kita melabelkan hidangan dengan ayat hidangan untuk orang Islam sahaja adalah tidak wajar. Seolah-olah kita memperkecilkan tetamu yang datang ke majlis keraian kita dengan tidak mengizin mereka menjamah apa yang dihidangkan oleh tuan rumah. Sedangkan bukan Islam muslim boleh memakan daging akikah.
.
.
Setiap ibu bapa atau ahli keluarga apabila mengadakan majlis tersebut mereka mengharapkan doa yang ikhlas daripada sanak saudara dan sahabat andai atau jiran tetangga yang datang bertandang ke majlis itu. .
.
Jika yang diundang itu bukan Islam sekurang-kurang kita dapat menghampiri mereka dan memahamkan bahawa Islam tidak menghalang pergaulan dan penglibatan bukan Islam dalam majlis yang diadakan oleh orang Islam.
.
.
Ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada kenalan kita yang bukan Islam mengenal amalan yang terkandung dalam agama yang suci ini.

.
Catatan: Bahagian yang diterangkan (bold) adalah oleh saya.

Saturday, November 15, 2008

Cukur Jambul

Selepas kelahiran bayi, kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia akan mengadakan satu majlis yang dipanggil “cukur jambul”. Majlis “cukur jambul” ini kebiasaannya dimulakan dengan majlis berzanji/marhaban oleh kaum lelaki sebelum diikuti dengan majlis tahlil dan doa selamat. Semasa majlis berzanji/marhaban dijalankan, bayi tersebut kebiasaannya akan dibawa mengelilingi kaum lelaki yang sedang berzanji/bermarhaban tadi sambil rambutnya (bayi) dipotong sedikit demi sedikit sebagai simbolik “bercukur jambul”. Namun ada juga jemaah yang tidak memotong rambut bayi tersebut tetapi sekadar mengusap kepala bayi tersebut seolah-olah memberi restu kehadirannya di muka bumi ini. Walaupun “cukur jambul” menjadi amalan masyarakat Melayu di Malaysia, dimanakah pula kedudukannya (amalan cukur jambul) di dalam ajaran Islam? Adakah “cukur jambul” ini merupakan tuntutan agama ataupun ia hanyalah adat semata-mata?
.
Menjadi amalan Nabi Muhammad (saw) memberikan nama kepada cucu-cucu baginda dan membotakkan kepala mereka pada hari ke-7 kelahiran. Terdapat juga hadis-hadis yang mengesahkan amalan Rasullullah tersebut. Oleh yang demikian, hukum bagi membotakkan kepala bayi dan memberikan bayi tersebut nama pada hari ke-7 adalah sunat kerana ia selari dengan sunnah Rasulullah (saw). Selain daripada itu, ibubapa juga diwajibkan mengadakan aqiqah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah di atas kurniaan bayi yang baru lahir. Aqiqah diadakan dengan menyembelih binatang peliharaan seperti lembu, kerbau dan kambing. Walaubagaimanapun, binatang peliharaan seperti ayam, itik dan burung tidak boleh dijadikan sembelihan bagi tujuan aqiqah.
.
Maka amat jelas bahawa amalan “cukur jambul” yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu di negara ini bukan merupakan satu ajaran Islam dan tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah. Apatah lagi memberi restu kepada bayi tersebut kerana bayi tersebut dicipta oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini. Jadi siapakah kita untuk memberi restu atas apa yang diciptakan oleh Allah? Walaupun saya amat tidak bersetuju dengan “pemberian restu”, saya berpendapat bahawa amalan “cukur jambul” ini diadaptasikan dari amalan Rasulullah (saw) yang membotakkan kepala cucu-cucu Baginda pada hari ke-7 kelahiran.
.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat Melayu yang kurang faham atau tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan “cukur jambul”. Bagi mereka ini, “cukur jambul” memadai dengan mengadakan majlis berzanji/marhaban sambil “jambul” bayi tersebut dipotong sedikit sahaja tanpa membotakkan kepala bayi tersebut. Mereka juga berfahaman bahawa majlis “cukur jambul” “wajib” diadakan bagi menyambut kelahiran bayi.
.
Melalui pengalaman saya sendiri, saya pernah dijemput oleh seorang rakan untuk menghadiri majlis “cukur jambul” anak beliau yang baru dilahirkan. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa menolak jemputan tersebut tetapi saya berjanji akan pergi melawat anak beliau yang baru dilahirkan. Jadi, seminggu selepas majlis “cukur jambul” tersebut, saya telah pergi melawat bayi tersebut dan saya mendapati bahawa rambutnya masih lebat. Apabila saya mengajukan soalan kepada rakan saya tentang mengapa rambut bayi beliau masih lebat sedangkan “cukur jambul” telah diadakan seminggu yang lalu, beliau mengatakan kepada saya yang beliau rasa “sayang” untuk membotakkan kepala bayi beliau itu.
.
Bagi saya inilah akibatnya jika kita membuat sesuatu dengan hanya mengikut orang lain tanpa mengetahui tujuan asal apa yang hendak kita lakukan itu.
.
Jadi apakah pula hukumnya “cukur jambul” ini? Jika kita mengadakan majlis “cukur jambul” dan seterusnya membotakkan kepala bayi tersebut sambil menjamu selera para tetamu yang hadir, bukan sahaja kita mendapat pahala sunat membotakkan kepala bayi, malahan kita juga mendapat pahala menjamu para tetamu. Namun, sekiranya kita benar-benar sekadar “cukur jambul” dan tidak membotakkan kepala bayi kita, maka apa yang kita lakukan tidak selari dengan sunnah Rasulullah (saw) dan seterusnya kita tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah (swt) kecuali pahala menjamu makan para tetamu.
.
Jadi nasihat saya kepada semua para pembaca agar istilah “cukur jambul” ini tidak lagi digunakan kerana ia telah menyebabkan kekeliruan dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia sehingga ada yang mengadakan majlis “cukur jambul” tetapi tidak membotakkan kepala bayi tersebut. Malahan ada yang lebih teruk lagi apabila mereka tidak mengadakan aqiqah iaitu satu tuntutan dalam Islam. Maka akhirnya, kita hanya melakukan tuntutan adat tetapi meninggalkan tuntutan agama. Walaupun mengadakan "cukur jambul" sekadar membawa maksud kita tidak mendapat sebarang ganjaran, apa yang saya khuatirkan sebenarnya ialah pemahaman masyarakat Melayu pada masa akan datang di antara tuntutan adat dan tuntutan agama. Tidak menjadi sebarang masalah untuk mengadatkan tuntutan agama tetapi akan menjadi masalah besar jika kita mengagamakan tuntutan adat.
.
Beberapa hari lepas, saya mendapat jemputan dari jiran saya melalui sms yang berbunyi seperti ini, “Salam Hormat…Dijemput hadir ke majlis kesyukuran & cukur jambul puteri saya pada 15 Nov 2008 pukul 1.00tgh…”. InsyaAllah, saya akan menghadiri majlis tersebut petang ini. Cuma saya terfikir apakah majlis ini sekadar “cukur jambul” atau benar-benar melakukan amalan Rasulullah membotakkan kepala bayi? Atau apakah perlu saya memberikan “restu” saya ke atas ciptaan Allah (swt) semata-mata bagi menjaga hati jiran saya itu?