Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
.
Selamat kembali ke alam "realiti" setelah seminggu kita beraya. Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan semua tentang perbezaan hari kalendar dan hari ibadat dalam Islam.
.
Semasa bulan Ramadhan baru-baru ini, terlintas di fikiran saya setiap kali saya memasang niat untuk berpuasa, mengapa kita berniat “sahaja aku berpuasa esok hari…” sedangkan mengikut taqwim hijriah iaitu kalendar Islam, hari baru bermula apabila terbenamnya matahari iaitu masuknya waktu maghrib. Ini bermakna waktu untuk kita memasang niat puasa dan hari kita berpuasa jatuh pada hari yang sama tetapi mengapa kita berniat “esok hari” dan tidak “hari ini”?. Persoalan yang bermain di fikiran, saya ajukan kepada sahabat karib saya, iaitu Ustaz Suhaimi Bin Rebu dan menurut beliau, di dalam Islam, hari kalendar dan hari ibadat adalah dua perkiraan yang berbeza. Maksudnya, tatkala hari kalendar bermula dari terbenamnya matahari sehingga terbenamnya matahari pada hari yang berikutnya, hari ibadat dikira bermula dari terbitnya fajar sadiq ataupun, masuknya waktu subuh sehingga terbitnya fajar sadiq hari yang berikutnya. Itulah sebabnya apabila kita memasang niat untuk puasa di bulan Ramadhan, niat hendaklah dipasang sebelum masuknya waktu subuh dan dari sudut ibadat, waktu kita memasang niat dan waktu kita berpuasa adalah 2 hari yang berbeza.
.
Terang beliau lagi, apabila kita bermusafir di jalan Allah melebihi 2 marhalah, kita diberikan rukhsah (kesenangan) untuk kita menjama’kan dan mengqasarkan sembahyang kita selagi mana kita dalam hari perjalanan dan selagimana kita belum selesaikan urusan kita. Oleh yang demikian, sekiranya kita bermusafir dan sampai ke destinasi kita pada waktu zohor atau asar, kita masih boleh menjama’ dan mengqasarkan solat maghrib dan isyak kita kerana dari sudut perkiaraan hari ibadat, kita dikatakan masih dalam hari perjalanan.
2 comments:
Syukran Ya Sheikh.... Ustaz Suhaimi leni duk mana?
dia dok kat jb, kerja kat jab mufti johor
Post a Comment