Pada ketika ini, surau di kawasan kediaman saya masih dalam pembinaan. Surau yang sepatutnya dapat digunakan untuk solat tarawih dan solat sunat eidul fitri tahun lepas masih dalam pembinaan dan belum dapat disiapkan.
Kelewatan menyiapkan projek pembinaan surau ini ada hubung kaitnya dengan kekurangan dana. Pelbagai usaha telah dilakukan di antaranya ialah kutipan bulanan, kutipan rumah ke rumah, pengkreditan terus ke dalam akau bank dan majlis makan malam namun dana yang dikumpulkan masih belum mencukupi. Ini jelas melambatkan proses pembinaan surau tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru rakan-rakan pembaca yang budiman agar dapat sama-sama menghulurkan sumbangan wang ringgit ke dalam tabung dana pembinaan surau ini dengan mengkreditkan wang sumbangan ke dalam akaun bank seperti berikut: -
Bank Mualamat 1207 0003737 71 8; atau
Maybank 5 64856 10769 7
Sasaran terbaru ialah untuk menyiapkan surau ini sebelum bulan Ramadhan tahun ini. Anda mungkin tidak akan menggunakan surau ini untuk tujuan beribadah tetapi ingatlah bahawa selagi mana surau ini masih wujud dan digunakan untuk tujuan beribadah, pahala anda akan terus berjalan walau anda sudah tiada di dunia ini lagi. Inilah yang dikatakan sebagai "amal jariah" yang disebut dalam hadis Nabi.